jump to navigation

…aku berehat kejap.. July 2, 2009

Posted by hainzjr in shared.
2 comments

labah

Dah lame betul aku tak jenguk ke blog ni..Kebetulan aku singgah kejap kat blog aku ni…and aku nak wat announcement….Aku akan berehat seketika.. Sebab ada perkara yang tak boleh nak elak.. So susahlah aku nak update blog.. Tapi aku tetap akan cuba berusaha..  Kecewanya aku.. Biarlah aku berehat.. Caio..

prayer… May 26, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
13 comments

“Ya Allah, kayakanlah aku macam Bill Gates, hensemkan aku macam Brad Pit, aaa…apa lagi aaa?…

terminator 2 May 18, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
2 comments

Layan kan..

dunie yg semakin pelik2 May 18, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
7 comments
Maha Suci Allah Swt Maha Raja Tunggal dan Maha Sempurna di alam semesta, sebelum alam semesta dicipta hingga alam semesta dihamparkan dengan kemegahan hingga alam semesta berakhir. Dialah Allah Swt Al Wujud, Maha Mengetahui segala keadaan, Maha Memiliki setiap nafas dan kehidupan, Maha Mengawali dan Mengakhiri Kebahagiaan, Maha Menawarkan Pengampunan dan tiada pernah terhenti dari zaman ke zaman..

kadang2 aku rase mcm nak lari jauh2 sampai ujung dunie…nak teriak kuat2… sampai ikan paus kat dlm air tu bleh timbul…dah tanye aku…ape kehenye yeop??….kekadang boring…kekadang tertekan…kekadang boleh jd geram…and kekadang boleh mati semangat aku nak wat keje….kate ade assistant la….takde pun…aku mmg harap tak dikurniakan assistant dari kalangan2 pihak atasan….sbb pengalaman lalu amat mendukacitakan….mane kan tak…igt nak membantu….tp aku pulak yg kene bantu die dan kerje2 aku tak dibantu…dalam hal mcm tu ape lg….org yg berkenaan dok cari silap aku jela….walau sejuta kali aku ckp aku wat keje…tp kalau aku tak bantu org yg nak membantu aku tu sekali je….habis aku di label mcm2….dunie2….tak tau kat mane silap aku….ape mslh aku…sampai ade je org yg tak puas hati and salah anggap dgn ape yg aku buat….dalam hati…aku tak pernah nak bermusuh dgn sape….tak ingin aku nak ajak bertikam lidah…dan tak terniat pun aku nak cari gaduh dgn sesape….biarlah ape yg dieorg dah buat kat aku…kate kat aku…tp aku ttp anggap kawan…pasal ape??…pasal aku fikir….aku tak kan dpt pape kalau aku buat mcm tu sume….makin aku dpt susah ade la….

Manusia dibekalkan dua mata,
tetapi hanya dengan satu mulut
supaya dia dapat melihat dua kali
lebih banyak daripada berbicara.

Siapa yang banyak bicaranya
akan banyak pula celaanya.

banyak kali aku dgr dan disuruh fikir 2 3 x utk wat keputusan….tp aku tetap pilih yg same cume jalan yg berlainan….entah lah….mungkin aku dah selesa di sini…tp aku jalan gune rentak dan tempo yg berlainan….kalau dulu mungkin aku pakai gamelan…langkah tarinye agak gemalai…kali ni aku pakai kude kepang….temponye agak rancak dan ritmanye agak agresif….ape di depan aku rempuh semacam…mungkin care mcm ni nak kene pakai…maklum la….kalau kite dgn care lame….ade gaye nak kene benam kepale dlm tanah….sebelum dibenam baik kite ready2 je….terus terang aku kate kan…ade beberapa org yg disyaki oleh aku….yg terkene dgn virus sakit hati ni…kekadang aku jd pelik….org paling kanan boleh jd musuh dalam selimut….org yg plg dipercayai boleh makan diri kite balik…ape sebenarnye yg aku dah buat sampai aku kene mcm ni???…

” Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati “( HR:Bukhari &Muslim )”

Sabar…, 5 huruf sederhana…
tapi katanya susah sekali dimaknai dan dijalani…
sebenarnya apa itu sabar ?
apa buktinya kalo kita sudah sabar ?
apa keuntungannya kalo kita jadi orang yang penyabar ?
tempatnya sabar dimana ya ?
apa yang kita rasakan / yang terasa ditubuh ini yang membuktikan kalo kita itu bersabar ? persoalan yang sering bermain2 dikepale aku dan mengalir disegenap salur darah yg ade dalam tubuh ni kalau aku diberikan sesuatu ujian oleh NYA..ada yg sampai aku hampir terjatuh…ade yg sampai aku hampir tersungkur dan ade kale aku senyum seperti biase dan tak menampakkan ape2 yg sedang aku lalui dan alami….

Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rata kita semua dah ada Phd (Penyakit hasad dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuh mahupun menahan sakit dengki ni. Kita berdengki kerana kita bercita-cita agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kesah kalau nikmat tu tak dapat kat kita asalkan orang tu pun tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat.  Dapat dosa tu memang dah kompom. Dapat sakit hati, dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tengok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapat memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengki, sudahnya duit habis tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la pulak. Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gerenti tak cukup tanah. Nak buat cemana, orang kaya pun berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat cemana, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.
Benda kotor memang banyak penyakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersarang dan salah satu daripadanya ialah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkanlah hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam tu nak cuci hati. Belajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu je ubatnya. Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nikmat, Dia nak bagi kat siapa, itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat ni kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu siapa nak di banding dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ke? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati-hati macam ni tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesat. Dahlah. Bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.

Sambutan Hari Ibu : Antara Keharusan dan Larangan May 13, 2009

Posted by hainzjr in Info.
add a comment

diambil dari http://www.islamonline.net

Sebagaimana yang dimaklumi bersama bahawa sambutan Hari Ibu merupakan satu sambutan yang seringkali disambut oleh seluruh masyarakat dunia tidak terkecuali umat Islam di negara kita Malaysia. Persoalannya, adakah sambutan ini yang tidak disandarkan kepada mana-mana sunnah Rasulullah s.a.w dibolehkan di dalam Islam?

Di dalam menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengemukakan jawapan yang amat menarik . Antara lainnya jawapan beliau berbunyi : “Apabila kita mengadakan sambutan hari ibu yang dianjurkan oleh Barat, kita sebenarnya telah mengikuti langkah-langkah mereka dengan membuta tuli dan sama sekali kita tidak pernah memikirkan kenapakah Barat menganjurkan sambutan Hari Ibu.

Sebenarnya ahli pemikir Barat mendapati bahawa anak-anak remaja sudah tidak lagi memuliakan ibu mereka dengan sepatutnya, maka mereka berusaha untuk mengadakan satu hari khusus bagi mengajak masyarakat Barat khususnya memuliakan ibu dan hari ini dinamakan sebagai Hari Ibu. Sedangkan bagi kita umat Islam sudah diperintahkan untuk memuliakan ibu pada setiap masa dan waktu. Kita sentiasa mengucup tangan ibu, mematuhi permintaannya dan sentiasa menziarahi ibu setiap masa.

Oleh yang demikian, tidak ada satu keperluan yang mendesak untuk turut diadakan hari Ibu. Namun, apabila Barat melaungkan sambutan Hari Ibu, kita pun turut terikut-ikut sedangkan suasana yang ada sebenarnya amat berbeza. Mereka membiarkan ibu mereka terkontang-kanting di rumah kebajikan dan bapa mereka pula hidup di tempat berasingan tanpa sesiapa yang datang menjenguk. Sedangkan di dalam kehidupan kita, tidak berlakunya perkara demikian. Islam sebenarnya telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali (ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu). Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri, kita akan mendapati al-Quran memberikan penekanan supaya memuliakan kedua-dua ibubapa.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya” (Surah al-Ankabut, ayat 8) Walaupun demikian, al-Quran juga hanya menceritakan kepayahan yang ditempuhi oleh seorang ibu dalam mengandungkan anaknya sebagai satu isyarat bahawa ibu sepatutnya lebih ditaati dari seorang bapa. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman, 8) Pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini agak berbeza dari pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lainnya menyatakan di dalam responnya : “Perayaan hari Ibu tidak boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang untuk perlu diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada hari-hari yang lain.

Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak. Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi perintah Allah s.w.t.”

Wallahua’lam.

more than words.. May 13, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
1 comment so far

petikan cite the love guru…layan….

Freeze!! May 13, 2009

Posted by hainzjr in Uncategorized.
4 comments

Dah lame aku rase tak update blog…bkn tak nak update….boleh kate tiap2 hari aku singgah ke blog sendiri and kawan2…tp jari ni berat rase nak menaip…..kekadang dah sedap2 menaip…ade je yang ngacau…internet down la….hang la….ape la…ish2….byk cite nak dikuar dan dikongsi….tp dah kene tapis2 la….seram ooo…mane la tau tetibe ade halimunan yg menyinggah ke blog aku ni….then diwawarkan citenye ke seantero dunie….

--REHAT JAP---BZ AA--

Surat Cinta Lawak dan Sadis (pemanas lepas lame berenti) May 6, 2009

Posted by hainzjr in Senyum.
add a comment

Artikel ini telah dikongsikan oleh Untouchable di Forum Tentang Cinta.

“Valentine hari tu ayang tanya tang mane
kite sayang kat ayang. Time
tu kite tak dapat nak jawab. Semalam
ayang merajuk ngan kite, kite dah
penat nak layan. Ayang call kat kite
kite malas nak jawab. Tang mane
erk kite sayang kat ayang? Semalaman
kite duk pk soalan tu. Pernah ke?
Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj
Mahal. Sayang kite kat ayang
sangatla kerdil. Sebab tu la ayang
selalu merajuk erk? Tak tahula,
setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap
sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem
kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit
biasiswa, lepas kenal ngan ayang,
keluar makan lagi nak mintak duit ngan
emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je
kat ayang Kalau ade 2 buah
epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan
tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite
tak pernah kutuk ayang tak
cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi
nak kutuk ngan member depan
kite, kata kite tak hensem langsung.
Eera Fazira berlalu depan mata,
kite diam je. Takut kalau puji kang
ayang marah. Mat Indon duk depan
Sogo ayang gi ngorat time kite gi
tandas. Siap mintak nombor tepon
depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe
nak makan Starbucks, kite
tipu kite dah kenyang, padahal bile dah
sampai kat umah kite makan mee
maggi.

 

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak
pernah ade girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi
ayang ada 20 boyfriend
kesemua nya. Kite tak pernah marah ayang
plagirl, dah tu ayang kata
kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang
cium terus tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang,
lepas tanye lagi nak kene
reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar
muka kite, cubit peha kite,
kite tak pernah tengking sekali pun,
apatah lagi nak cubit, nak
tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh
cinta ngan laki lain, kite nak
buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki
tu. Tapi bile kite tanya kalau
kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang
nak buat ape, ayang kata nak
bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan
nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang
harga RM300 kite kate harga
RM30. Ayang beli jam tangan kat kite
harga RM30 ayang kate harga
RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi
hadiah kat ayang, tapi setiap tahun
birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Kite rosakkan headphone walkmen
ayang, kite ganti satu discman
baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang
buat derk je.

13. Sekali ayang demam, kite kene diet
2kg nak jaga ayang. Sekali kite
demam, ayang tambah berat 2kg sebab
abiskan makanan kite.

14. Kite tak pernah kata ayang pendek,
ayang marah kite tinggi sangat,
member ayang ketawakan ayang.

15. Ayang datang umah kite, kite tido
sofa, kite datang umah ayang,
kite gak yang tido kat sofa.

16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan
ayang. Mak ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau
sekalipun.

17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi
anak kucing yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing
tu dah mati. Ayang tak kate pa
pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah
dekat mati kat kite, 2 hari kite
bela dah mati. Ayang kata nak bunuh
semua anak kucing kite.

18. Ayang kalau nak pakai duit kite,
terus ambil takyah bagitau. 30 ke
80 ke seratus ke selagi wallet kite ade
duit. Aritu kite nak pinjam 10
ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang
kate kite kedekut.

19. Birthday ayang kite tak pernah
terlupe. Birthday kite arini ayang
tak pernah ingat.

Fakta April 1, 2009

Posted by hainzjr in Senyum.
3 comments

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap ‘cibai’ kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

25 sebab suami naik darah March 30, 2009

Posted by hainzjr in shared.
4 comments

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak
tau.. bla bla bla ”

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry
la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak ”

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak
jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw
drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak
dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport
section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-
apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini
dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka la news
pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik
dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja
atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli
garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana
mana ..pleaze ”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila
menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan/menyalahkan
suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli
susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner
kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc
harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam
selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot
pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah
sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik
lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap
serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan
dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila
nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus
tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so
kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam
besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila
suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak
tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu
seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya
bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal
awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat
benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak
nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan
manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari
tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak.
ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau
tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi
tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak
tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat
kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata
jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla
bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik
abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk
burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau
tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah
rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih
dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

insaf ….. March 30, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
add a comment

Kita bertanya dan Quran menjawabnya: March 30, 2009

Posted by hainzjr in shared.
add a comment

Kita bertanya : Kenapa aku  diuji ?
Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta .” (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


Kita bertanya :
Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah al-Imran, ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”      (Surah al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6) 

 

Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

1 2 3 …….snap…. March 27, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
12 comments

sikit-sikit dulu

dah lame aku teringin nak wat snapshot mcm ni…last2 jumpe jgk…teruja tu….

APA!!!!! March 26, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
2 comments

betul ke bos nak turun JB lagi Isnin ni….

Argghhh…..

udah2 le tu oi…..

...Die DaTang LaGi....

PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO March 26, 2009

Posted by hainzjr in Info.
3 comments

Dr. Mahathir Mohamad

on March 21, 2009

 

1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka.

2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan.

3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

 

4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya.

6. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri.

7. Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

8. Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk.

9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

C.L.I.C.K March 26, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
7 comments

C.L.I.C.K. means :

C= cant live without u

L= love u

I= i miss u

C= care about u

K= kiss from my heart 2 u

So whenever u miss me just say CLICK

SujuD – Mawi Feat Kru March 19, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
3 comments

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Protected: Geeeerrrraaaammmmm III…. March 12, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Terime kasih…. March 12, 2009

Posted by hainzjr in shared.
12 comments

080309 / 11 Rabiul Awal 1430…tarikh yg bermakne dlm hidup aku….betul ke aku dah start nak kawen…..syukur Alhamdulillah….dlm mase aku byk hadapi cabaran dan dugaan…aku dikurniakan dan dihadiahkan seorang permaisuri hati yg bermakne dalam hidup aku….Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…kekal kan hati kami…perasaan kami….dan berjayekan lah kami dlm ape jue yg kami impikan di dunia dan di akhirat — anzura–

luv-3080309

Nasihat bagi yang nak kawen March 11, 2009

Posted by hainzjr in shared.
add a comment

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

2 job dalam 1 hari March 5, 2009

Posted by hainzjr in shared.
5 comments

korang mesti pelik kan…mane aku hilang…dah lame tak calling…update blog tak on ym and etc….sory la….aku betul2 bz sikit…keje dah terbagi 2….korang tak paham?….ko bc jelah email bawah ni….

Subject: JOB RESPONSIBILITY FOR JB OFFICE
From: “*********” <***********@********.com>
Date: Mon, February 23, 2009 10:58 am
To: farhan.izhar@*****.com
Cc: *********@********.com (more)
Priority: Normal
Read receipt: requested [Send read receipt now]

Salam Farhan,

I would like you to assist ***** ******* in their daily operation as and
when required by En ***. However your duty in ZPSB remain the same and if
you need any assitance to support you in JB office please let me know. I
hope you continued and keep us informed on any project that you are working
so that we can monitor the development from here.

Wassalam & Best Regards,

(******* *****)
Managing Director

UJIAN KEHIDUPAN February 26, 2009

Posted by hainzjr in Info.
2 comments
Salaam,
 
Untuk panduan kita bersama agar kuat dan tabah apabila menghadapi dugaan/ujian dari ALLAH swt. Jangan cepat putus asa atau menyalahkan takdir…..
 
Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas alam maya  ini.

Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta’ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita. FirmanNya di dalam surah :
و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين
Maksudnya:…dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan,
kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Dan
berilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqrah:155

Sebelum Allah Ta’ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hiseolah-olah menjadi sukar baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman seseorang.

Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, samaada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan. Firman Allah:

فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا
Maksudnya: …maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan,sesungguh nya sesudah
kesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6
Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita. Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
Maksudnya: …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216
Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.

Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya.

 
Wallahu a’lam

Protected: Top List Name dari Jan 09 tu Feb 09 (buat mslh kat aku) February 18, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: abang tolong bang….. February 17, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Ggggeeerrrraaaaammmnnyyeee II February 16, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
9 comments

Aku dah tak leh tahan……. ko bace la sendiri nape aku takleh tahan….ikut kan ht aku la…..nak je aku balik umah tido…

aku sakit mate dan sakit hati....jage ko...

celake-punya-gemuk11

Fiesta memancing @ family day ke????? – Pegi ke tak pegi…. February 16, 2009

Posted by hainzjr in Uncategorized.
3 comments

kalau dieorg tanye cdgn aku, jwpn aku sng je….pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak……..pegi ke tak….

Salam semua,

Adalah dimaklumkan bahawa Fiesta Memancing yang julung julung kalinya akan
diadakan seperti berikut :

Tarikh/Waktu    :    Ahad 1hb Mac 2009/9:00 am
Tempat             :    Kawasan Rekreasi Sungai Tekala, Hulu Langat
                            (berkumpul di hadapan pejabat pada pukul 8:00am
untuk berkonvoi)

Agenda :
Memancing        :     Sila bawa joran sendiri. Umpan dan bayaran masuk akan
diuruskan oleh pihak penganjur.
Berkhemah        :     Sila bawa khemah (jika hendak privacy) dan tikar
sendiri
Acara Makan2    :     Ayam & kambing bbq, jagung bakar, bihun goreng, buah2,
air oren dan kekacang disediakan oleh pihak penganjur
                               Biasanya akan ada apek jual aiskrim,
penganjur boleh belikan jika ada yang teringin

Kemudahan :
Surau, bilik air, kolam memancing

Tema :
Bersuka ria menghilangkan duka bagi seluruh warga kerja dan famili Zak
Piping
Jemputan terbuka kepada seluruh warga kerja, suami/isteri dan anak anak Zak
Piping sahaja.

Sila beri cadangan jika ada, bagi menjayakan aktiviti kita pada kali ini.
Segala maklum balas amat dialu-alukan.
Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,
Zarina Mohamed Yatim
ZAK Piping Sdn Bhd

DMD oh DMD February 12, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
2 comments

hari ni aku bengang gile dgn dmd….mcm2 aku kene buat….dah le die lukekan hati encik K****…lepas tu aku kene pulak…buat email pade praba la, jenny la,benedicte la….mcm2….hari ni je dkt 7 kali die call aku…nak belanje eskrim la….kc menang mase pertandingan mancing la….tah pape la….sbb aku tolong  die…..call mcm org dah nak putus nyawe….ade ke patut dari tengahari tak makan boleh rase nak pitam….pelik gile mamat ni….kalau die kate dari semalam ke….dari minggu lepas ke….leh la aku terime…..betul la encik karim…nak marah tak boleh…nak pukul tak dpt…sabar je la….

Protected: Ggggeeerrraaammmnnnyyyeee…. February 12, 2009

Posted by hainzjr in Emosi.
Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Rezeki dari langit…. February 12, 2009

Posted by hainzjr in Senyum.
3 comments

kawan2…korang percaye tak rezeki dari langit….hari ni ade sorang staff opis …dah dpt rezeki dari langit….tak caye….bace cite kat bawah….xde edit2 punye…

25f450e60b890ddc1










Farhannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

 

Tenkiu.. Akak br baik dr bank ni.. Tub2 ataih meja ade rezeki dr langit..

Aisey... Mekasih lah.. Nanti akak open table kat diorg ni sama ye..

 

Salam penuh mesra,

MM 

 

-----Original Message-----

From: farhan.izhar@zakpiping.com [mailto:farhan.izhar@zakpiping.com] 

Sent: Thursday, February 12, 2009 10:50 AM

To: Mazlina

Subject: RE: [ 037-08 rev0 order]]

 

takpe....tunggu je....

 

 Ceh!

 

 -----Original Message-----

 From: farhan.izhar@zakpiping.com [mailto:farhan.izhar@zakpiping.com]

 Sent: Thursday, February 12, 2009 10:27 AM

 To: Mazlina

 Subject: RE: [ 037-08 rev0 order]]

 

 baik....aakan turun dari langit....sila doakan...

 

 

 Hehehhhe.. Okes..

 Satu kotak perisa epal.. Satu lagi perisa oren ek..

 

 -----Original Message-----

 From: farhan.izhar@zakpiping.com [mailto:farhan.izhar@zakpiping.com]

 Sent: Thursday, February 12, 2009 10:10 AM

 To: Mazlina

 Subject: RE: [ 037-08 rev0 order]]

 

 Ni betul punye tau...takde main2...yg sudah tu sudah la....

 

 Tanam tebu di perbatasan... cissssssssssssssssssss

 

 -----Original Message-----

 From: farhan.izhar@zakpiping.com [mailto:farhan.izhar@zakpiping.com]

 Sent: Thursday, February 12, 2009 10:00 AM

 To: Mazlina

 Subject: RE: [ 037-08 rev0 order]]

 

Dtg KL...saye bwk 2 botol air peel fresh utk akak...

 

Farhan..

 

Boss tgh sign TT form tu.. Karang akak email kat semua ek..

 

Tenkiu

 

 

EKM vs DMD vs CEO February 12, 2009

Posted by hainzjr in rilex.
1 comment so far

Encik Karim lagu ni sesuai utk en karim munitis….pg2 lg td dmd dah call…mcm2 dmd tanye….tengahari td ni pun die ade call…

Encik Karim Munitis..lagu ni untuk mu….nanti kite g same2 ea….